Tuesday, November 30, 2010

Are you Hurt?



Setiap yang hidup pasti terasa akan kesakitan. Menurut sumber dari Samsul Akbar Sahibe (2010), terdapat 3 kesakitan yang paling azab di dunia ini.

Kesakitan yang Pertama



Kesakitan yang paling azam tidak lain-tidak bukan adalah kematian. Saat Izrail mengembangkan sayapnya, menarik roh-roh manusia dari ubun-ubun, saat itulah manusia akan merasai batapa kamatian itu sakit. Aku tidak pernah merasainya. Jikalau tidak, aku tidak akan menulis warkah ini untuk tatapan kamu semua.

Pernah sekali aku pernah di ambang maut. Cerita ini hanya sahabat-sahabat rapatku yang mengetahuinya. Ketika itu dunia baru sahaja menyambut tibanya alaf kedua selepas masihi. Suasana petangku dihiasi dengan suara orang melolong. Ada yang bersorak untuk kemenangan. Ada yang memekik untuk sahabatnya yang memenangi piala. Tidak kurang juga orang yang cemburukan kemanangan orang lain.

Ketika itu aku masih daif lagi. Manakan tidaknya, umur masih setahun jagung. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke alam baru setelah menghabiskan masa 6 tahun di sekolah rendah. Dalam haru-biru orang, bahuku ditepuk keras. Orangnya besar dan menakutkan. Kami dipanggil untuk menghadiri kawad kaki.

Aku memberontak enggan pergi, itupun dalam hati. Aku tidak mahu berpanas di dinihari, berdiri ibarat kayu sedangkan orang lain sibuk bercerita antara satu sama lain. Aku mengambil langkah seribu, meninggalkan halaman sekolahku.Langkahku tersusun rapi, umpama tikus melarikan diri dari kucing mengejarnya. Setiap langkah yang diambil menjarakkan diriku dari kepekikkan suara.

Aku memandang jauh ke hadapan. Kulihat sebuah bas umpama menunggu aku duduk di kerusinya yang empuk.Sambil tersenyum diriku berkata, “ Aku bebas!”. Tidak kusangka rancanganku Berjaya. Dalam kegembiraan daku diulit mimpi.  

Ketika kusedar, aku sudah jauh dari destinasi yang kutuju. Aduh, bagaimana ini mungkin terjadi! Dalam ku masih lagi tidak sedar sepenuhnya, tanganku pantas menekan punat berwarna merah. Pemandu bas segara melabuhkan jenteranya ke sisi. Kuperkemaskan diriku, lalu turun dari gergasi besi itu.

Ketika itu, semua kenderaan pegun, tiada satu pun bergerak. Kulihat diseberang , ada bas yang menungguku. Nasib aku memang bertuah, segalanya ada didepan mata. Langkah kuatur meninggalkan tempatku berpijak. Saat itu, langit kurebah,pendanganku gelap. Entah berapa lama agakknya. Apa yang kusedar tanganku menyentuh permukaan kasar. Tiada bunyi yang sudi hingga di gegendang telingaku.

Seorang lelaki melewati usiaku memapah aku di benteng jalan. Aku terasa sesuatu yang aneh di mulutku lantas kumuntahkan semuanya ke tanah. Cecair merah keluar bersama ketulan putih. Mungkin andai kamu sedar, senyumanku tidak semanis kamu, kerna ketika itu, 3 batang gigiku berpisah dariku. Khabar mengatakan sebuah motosikal melanggah tubuhku lalu rebah menyembah bumi. Hanya pada saat ini aku terlalu dekat dengan kematian. Anehnya, aku masih bernyawa. Syukur padaMu.

Kesakitan yang kedua


Kesakitan ini unik sekali kerna kaum Adam tidak mungkin berkesempatan kerasainya. Kesakitan ini hanya bias dirasa oleh jiwa-jiwa yang membawa rahim. Saat anugerah tuhan yang paling bermakna untuk pasangan suami isteri keluar, sang hawa bertarung dengan nyawanya.

Kita tidak akan bisa tahu berapa peritnya malahirkan anak. Apa yang kita tahu nikmat sebelumnya. Isteri bergelut menjawa nyawanya dan nyawa si kecil yang tercinta. Kadang-kala sekejap sahaja, kadang-kala mengambil masa seharian untuk mendengar tangisan si kecil, itupun kalau dia menangis.

Aku tidak tahu bagaimana rasanya, dan aku tidak ingin merasainya. Mungkin kita harus tanya pada insan-insan yang pernah mengalami saat ini; Ibu-ibu bahkan sahabat-sahabat kita.

Pengajaran harus diambil sang Adam. Jangan perlekehkan Hawa, kerna mereka lebih mengenal dunia dari kita.

Kesakitan yang ketiga

Aku pernah mengalami kesakitan ini, bahkan sedang mengalaminya sekarang. Saat jari-jemariku rancak bermain di papan kekunci, kesakitan muncul dari mulutku. Gusiku berdenyut, meronta-ronta kesakitan.
.
Mungkin orang tidak menyangka, kesakitan yang ketiga adalah derita sakit giri. Tidak menghairankan kerana gigi terletak hamper dengan saraf dan berada dekat dengan otak kita. Sakitnya melangkaui masa. Saat terkenang betapa sakitnya sakit gigi tidur tak lena , mandi tak basah dibuatnya. Kuingatkan saat begini hanya kualami ketika merindukan pujangga yang berda jauh di sana. Jangkaanku meleset rupanya.

Pesanku untukmu sekalian, jagalah gigi kamu. Inagtlah pesan ini andai kamu tidak mahu merasai betapa peritnya kesakitan yang ketiga dasyat di dunia ini. Aku pernah merasa, Affendi pernah merasa dan sebahagian sahabatku juga pernah merasa. Ingatlah, jangan biarkan dirimu selubungi sakit gigi


Monday, November 29, 2010

Untukmu kasih



Kepada sesiapa yang pernah tinggal di Pantai Timur Sabah,perkara ini selalu hadir dalam kita menempuh liku-liku kehidupan. Apakah benda itu. Ya, seperti yang anda semua jangkankan (atau mungkin tidak anda jangkakan) ; terputusnya bekalan elektrik.

Perkara ini terjadi kepada diriku dua hari yang lalu. Saat itu, seperti saat warkah ini ditulis, sekitar 2.00 pagi. Saat seisi keluarga kusedang enak dilamun mimpi-mimpi yang indah, Zahra Zawani dengan ikan-ikannya. Saat jarum jam berdetik yang sama, daku terpaku di hadapan komputerrumahku, menjejaki maklumat-maklumat terbaru yang terpapar dalam laman facebook ku.
Kala itu,tiga jenis bunyi sahaja yang berkumandang di telingaku; bilah-bilah kiipas mengejar satu sama lain, bunyi jari-jamariku menari di atas papan kekunci dan percikan bunyi saat jari telunjukku meratapi tetikus.

Mungkin ketika itu, daku terlalu lena untuk memikirkan apakah benda yang akan kutulis untuk tatapan kamu semua. Ketika jariku menyusun langkah memulakan tariannya di papan kekunci ini, pandanganku menjadi gelap. Tiada lagi bunyi-bunyi yang kedengaran di gegendang telingaku. Saat itu kumengerti, kegelapan menemaniku.

Fikiranku buntu. Idea yang bernas meninggalkanku. Sungguh kejam SESB. Hasil karyaku yang agung telah menceraikan aku dengan talak tiga. 

Mungkin harusku tujukan warkah ini untuk mereka, para pejuang SESB. Tolong jangan matikan bekalan elekrik di saat idea jatuh ke riba . Aku tak ingin melihat ideaku menjadi bulan, sehingga kini menaiki keretapi tanpa bertemu penghujung jalan.

Saturday, November 27, 2010

All About You

Setelah dua hari melangkah pergi dari IPG Kampus Gaya, barulah terbuka hatiku ini untuk mengemas barang-barang yang macam ada. Pergh, banyak gila siot! Ni nasib bek bawak masuk beberapa perkara yang baru jak.





Ni la, segala-galanya yang aku sempat selamatkan sebelum kena kejar warden suruh balik, hehehe.X banyak pun sebenarnya, cukup 2 kotak penuh dengan satu beg pakaian dan satu kotak kecik penuh dengan majalah wisel


Dalam sesi kemas-kemas ni, terjenguk la daku kepada beberapa lembaran kertas yang nampak familiar sangat. OMG!!!  Ni barang baik punya !. Untuk pengetahuan korang, ni adalah penilaian2 yang budak2 praktikum ak yang pertama bagi ngan ak, hehehe. Sebelum gua blah dari SK Penampang, sempat gak suruh bebudak 5P buat coretan ckit. Senang je. Diorang kene tulis perkara yang diorang suka sal gua, and perkara yang diorang xsuka. So , lets check it out!


Perkara yang diorang suka sal Cikgu Qayyum


Sebab yang pertama






Budak-budak 5P suke sangat sal ak bawak Cikgu Rozaidi a.k.a cikgu slash masuk tyme ak ngajar. Aik??? Ingat ak ni kaum sejenis. Taw la cikgu slash korang tu hensem , macho n digilai ramai.... kureng tolz


Sebab yang kedua




Diorang suke kat aku sal aku ni berbudi pekerti??? Duhai murid-murid ku yang di sayangi, kalo korang ni bek, pendiam n bagus, memang le cikgu pun jadi bek, kalo korang ni perangai macam yang tinggal dalam zoo, cikgu yang sengal pun belh pening kepala .

And budak ni suka sal ak minat Chelsea. Pelik. Bukan budak Ivan ni minat Liverpool ke?


Sebab yang ketiga






Budak-budak macam ni la yang paling bet. Kipasssss! ^^ Haha, tahniah la kerna mangatakan Cikgu Qayyum ni handsome and gentleman. pelik tapi ni adalah bukti sahih, hoho, so perikaian mengenai validity and reliability xde ye. 


Pelik gak? Macam minah ni tawtaw je yang ak ni genius dan bertanggungjawab. Genius is not a word for me. (humble ba ). Bertnaggungjawab ikut tempat le dik. Dah banyak aktiviti maktab yang ak dah xikut, hehehe.


Sebab yang keempat


Aku ni friendly ke? Macam x je, hehehe. Pemalu lagi adala. Susah maw ketawa. Ni yang pelik lagi. Dia kata aku ni selalu jak buatkan diorang ketawa.


Bab present-present ni budak-budak memang suka gila. Mana tak nya dapat hadiah percuma. Dik, penat cikgu bungkus hadiah tu dik. Korang bagi satu hadiah untuk cikgu sorang. Cikgu nak bagi nak dekat 80 orang, pergh.!




Perkara yang diorang xsuka sal Cikgu Qayyum


Dah banyak tol tulis sal benda yang diorang minat, meh cni kita jenguk plak benda-benda yang diorang xminat sal gua.


Sebab pertama 


Ni la bab yang aku betul2 xgemar ni. Pelik ke suara ak ni? Ingatkan suara aku ni merdu bak buluh perindu. Hahaha, taw le xsedap, tapi sampai kena panggil suara pelik, tu bukan dari alam manusia tu.


under stanp? aku ingat dia nak tulis understand kot. 




Sebab yang kedua






Hahaha, memang la bh, kan gua ni Chelsea man, memang la xnak vote for Liverpool. dahla banyak sayur sayuran (Pepper Reina ) , I benci la Sayur. ^^




Sebab yang ketiga




Aduhai, jadi macam mamat bunga la pulak. Bersuara lembut, hahaha. Nampaknya kena belajar melontarkan lagi sora aku ni ... yaiii...




Sebab keempat






Sorry dude, korang ni kelas pandai,. Bagi kerja ckit jak, zooommmm, dah ciap macam keta kunak lajunya. Haizzz, so untuk melengahkan masa kamu, kena la bagi kerja banyak2....(jap2 aku dah check ke x?)




So ni la coretan-coretan daripada anak-anak didik ku yang pertama. segala yang kamu tujukan dengan Cikgu Qayyum ni cikgu terima (termasuklah suara lembut dan suara pelik). Nanti cikgu masuk kelas vokal ye.


Next time jumpa cikgu gla tegur2 cikgu^^.





Friday, November 26, 2010

Spot the Different!



Hari pertama kembalinya daku ke pangkuan Sandakan yang kucintai, daku memutuskan untuk membuat satu perubahan yang penting dalam hidupku. Pada mulanya, perubahan ini daku harapkan tercetus hasil ketelitian tangan sahabatku, Polz Armanz. Namun kerna kami sibuk membina kenagan sehingga terlupa akan janji-janji masinmu dulu (hahahaha)


So, aku pun memutuskan untuk melakukanya hari ini, to have a new cut. ^^ Disebabkan rambut ku yang serabai mengalahkan tok ki, kerimasan melanda jiwaku. Yela, rambut panjang kalo terurus okay la juga, tapi kalo da tahap cipan pun tabik, to dah tahap otai da tu.



Lihatla betapa ku meraung dalam kerimasan (padahal senyum2 jak) . Rambut terjuntai di hadapan macam Uncle Jude Dennis(jangan marah jude) berapitkan pipi yang tembam cukup makan , (belum tgk yang bawah lagi, hehehe).



Setelah kena renovate , beginila kesudahannya. Boleh la kot, at least kemas sikit dari yang dulu. Seperkara yang kawe xgemar kalo gunting rambut ni kalo di potong pendek sangat, ya rabbi terserlah tanah gersang di kepala ak. Xtaw la apsal asyik nak jatuh2 jak. Orang kata kalo bulu mata jatuh ada orang rindu, habis kalo rambut jatuh apsal lak


So ini lah aktiviti pertama aku selepas kembali ke tanah tumpah darah. Len kali kalo ada something special gua halo-halo jugak. adios

Thursday, November 25, 2010

LAST STAND


Walaupun kami akhirnya menamatkan zaman guru pelatih kami., namun segelintir daripada kami ini adalah-pejuang-pejuang tegar yang masih lagi menghuni asrama Jati. Biar putih tulang, Jangan kena halau adalah moto yang paling baik yang ak boleh fikirkan sekarang untuk menggambarkan betapa bersungguhsungguhnya kami dalam mempertahankan hak-hak kedaulatan Anak Sulung IPG ini.

Kesemua (10+1) orang ini sememangnya macho, maskulin dan macam-macam perangainya.... Walaupun sesetengahnya sudah pergi (keluar dari asrama), namun tetao ku ingat segala jasa san sumbang baktimu.


Pejuang Pertama : Chang @ Awang Karot




Beliau merupakan antara orang yang pertama aku kenal start masuk dalam Maktab. Orang yang pertama tegur aku, tumpang keta bapak aku, n teman mengarut. Walaupun pada dasarnya dia ni suka sangat membuat penakulan-penakulan yang kurang memberangsangkan minda dan raga, namun dia ni tetap member yang baik.

Yela, orang yang pertama aku cari kalu mintak tolong awang karot ni juga aku cari. So nanti bulan 12 dia juga ak cari tyme member aku kawen, muahahaha ^^

Pejuang Kedua : Samsul @ Jiran Depan Bilik



Nila teman depan bilik aku. Kecil molek namun jangan disangka hutan yang tenang xda penghuni nya. Bukanlah bermaksud dia ni tinggal dalam hutan, tapi bakat petah berbicaranya tidak dapat disangkal. penah jugakla keluh lidah berbicara saat kena bom oleh dia ni, hehehe ^^

p/s Sul, tolong halalkan RM150 ye ^^


Pejuang Ketiga : Fred @ Engaged Man


Pejuang ini baru sahaja menlangsungkan pertunangannya beberapa hari yang lalu. Tahniah atas pertunangan anda. Didoakan semoga panjang umur, murah rezeki dan takkan tertinggal lagi. Rahsianya? Sebab pada hari dia bertunang, malamnya kami berkaraoke dengn gumbiranya. Tiba saat hendak pulang, lupa lak yang dia ni tertinggal (ter- bermakna tidak sengaja ). Apa-apa pun selamat berbahagia yan fred ^^


Pejuang Keempat : Iman @Rumate


Untuk pengetahuan para pembaca yang budiman, jejaka tampan ini merupakan rumate saya pada akhir sem ini. Orang nya Lucu banget, Sweet dan baik hati. Orangnya penyabar dengan sikap ak yang macam kena taufan jak, sekejap malaikat sekejap moody. Tanpa kehadiran rumate aku ni, ak xtaw la apa jadi ngan hidup ak, runtuh jak langit x . Makaseh Iman, Makaseh Rumate, Makaseh Rakan.


Pejuang Kelima : Boy @ Green Man



Usah ditanya mengapa diriku ini menggelarkannya sebagai green man. Hanya Yumbon mengenal Boy. ^^. Orang bek ati, ceria dan punya minat yang mendapat dalam bidang fotografi. Namun sayang sekali, hajat untuk bergambar sekeliling IPG x kesampaian, kerna diriku ini sudah 313km jauh dari Kota Kinabalu.

p/s : Boy, rumate aku tue mau ambik gambar keliling IPG, tunaikan la bh permintaan dia. btw, semoga ko sembuh dari demam dan segalanya, kifarah tu


Pejuang Keenam - Polz @ Rakan Sejawat


Inilah rakan sejawat aku masa berkecimpung dengan JPP kat Maktab Gaya ni. Orangya cool jak, namun fotogenik, pantang nampak kamera depan mata, hehehe (ngumpat ckit je, sowi ) Namun disebalik semua itu, dia merupakan kawan dan rakan yang baik, saat ak pening kepala macam mana nak urus sorang2 , dia datang menghulurkan makanan, xpun pisang goreng dari Hashim , Makaseh Polz Armanz ^^

Pejuang Ketujuh -: Greg @ Dinner Mate






Nila sahabat aku (yang berbaju hijau) yang paling banyak ajak aku makan malam. Saat tu la luahan hati ke hati berlaku. Seorang pemuda yang punya pendirian sendiri. Saya aku xdapat nak shake hand dengan dia untuk kali yang terakhir. Huhu, sadey tahap gaban (superman, power ranger dsb) xdapat da nak jumpa ngan dia, huhu.


Pejuang Kelapan : Bull @ Kreko Man






Kalau au nak baca kreko latest punyer, bilik mamat ni la aku cari. Kalo nak print barang , mamat ni jugakla yang kena buli. Kalau nak minta anime, dia jugala sepa lagi. Bullah ni pendiam orangnya, namun macam samsul jugak, awas, merbahaya untuk bot-bot kecil. Bull aku miss nak bertengkar dengan ko. huhu


Pejuang Kesembilan : Arip @ Supernatural Man 




Mamat ni la yang memperkenalkan ngan aku drama supernatural sampai aku ternanti-nati melihat kesudahan season 6. Tapi lupa plak nak ambik (apsal la aku ni bengap tol) . Lagi pun kami masih ada unfinished business.

Ni la mamat yang membantu mengangkat diriku seberat 75 kg bersama beberapa kg barang-barang aku lagi ulang alik dari asrama ke SK Tansau. Jasamu di kenang rip. Ingat, keluarga H****a.....


Pejuang Terakhir : Shah @ Football Manager Man 






Kesungguhan beliau dalam Sukan Bola Sepak dapat dilihat dengan betapa tekunnya beliau dalam bermain Football Manager 2011. Walaupun kami punya perselisihan faham (di situla kita x berngam), kita tetap geng. Makaseh atas segala pengalaman yang menarik terutamanya saat 3 stoogies (Ko, Aku and Greg) Hehehe ^^ Thank you very much.



Pesan Untuk Semua 



Walaupun rambut lain style (ak pulak hampir mau botak), dressing macam-macam , keta besar kecik, namun kita tetap kawan. Terima kasih atas segala pengalamn berharga bersama korang-korang suma. Muakz !

Pushing the Reset Button





5 tahun setengah dah di Maktab a.k.a Institut Pendidikan Guru (IPG) dan akhirny telah habis segala kesengsaraan. Tidak ada lagi fail2 yang bertimbun2, yang isinya sekadar men masuk jak. Tidak ada lagi warden yang cakap laju macam maw kejar kucing mengawan, xda lagi 'anak ummi'.... sumanya xda,... Abra Cadabra hilang suma....




Ibaratnya mcam citer Megamind , hero dah xda, xtaw lagi nak buat apa.Saat-saat keenjoyan dahulu dah xda lagi. Agak-agaknya bila lagi la ak dapat jenguk panggung wayang ni a? Nak tengok kat Sandakan nauzubillah mahal, belanja sorang macam dua orang kat growball.




Masa untuk Menjenguk Kembali

Sepanjang 5 setengah tahun ni apa yang aku dapat selain Himpunan collection yang banyak,  Baju yang iman bagi dan necktie Bullah yang aku tapau? Hurm, macam xbanyak taw benda yang aku dah capai. Masa berlalu dah pantas sangat sampai xsempat nak buat apa-apa benda pun yang boleh aku banggakan....






Kengkadang jelez gak tengok pencapaian orang. Yela jelez yang baik la, macam penulis buku ni. Siapa sangka orang yang diam sedang memikirkan bait-bait puitis untuk novelnya? Anyway , congrates to you. Kalau novel si samsul dah taw sepa yang ambek baru aku baca dari dia ya ^^






so sekarang ni kenala membuka langkah baru seperti baby yang baru belajar berjalan. First step! Aku cuba-cubala maw mengupdate blog ini seberapa kerap yang mungkin. Yela rumate aku selalu ngomen apsal lak xupdate2 blog... Hahaha , xda idea kot, mungkin sepanjang cuti ni ada idea ^^