Thursday, November 25, 2010

LAST STAND


Walaupun kami akhirnya menamatkan zaman guru pelatih kami., namun segelintir daripada kami ini adalah-pejuang-pejuang tegar yang masih lagi menghuni asrama Jati. Biar putih tulang, Jangan kena halau adalah moto yang paling baik yang ak boleh fikirkan sekarang untuk menggambarkan betapa bersungguhsungguhnya kami dalam mempertahankan hak-hak kedaulatan Anak Sulung IPG ini.

Kesemua (10+1) orang ini sememangnya macho, maskulin dan macam-macam perangainya.... Walaupun sesetengahnya sudah pergi (keluar dari asrama), namun tetao ku ingat segala jasa san sumbang baktimu.


Pejuang Pertama : Chang @ Awang Karot




Beliau merupakan antara orang yang pertama aku kenal start masuk dalam Maktab. Orang yang pertama tegur aku, tumpang keta bapak aku, n teman mengarut. Walaupun pada dasarnya dia ni suka sangat membuat penakulan-penakulan yang kurang memberangsangkan minda dan raga, namun dia ni tetap member yang baik.

Yela, orang yang pertama aku cari kalu mintak tolong awang karot ni juga aku cari. So nanti bulan 12 dia juga ak cari tyme member aku kawen, muahahaha ^^

Pejuang Kedua : Samsul @ Jiran Depan Bilik



Nila teman depan bilik aku. Kecil molek namun jangan disangka hutan yang tenang xda penghuni nya. Bukanlah bermaksud dia ni tinggal dalam hutan, tapi bakat petah berbicaranya tidak dapat disangkal. penah jugakla keluh lidah berbicara saat kena bom oleh dia ni, hehehe ^^

p/s Sul, tolong halalkan RM150 ye ^^


Pejuang Ketiga : Fred @ Engaged Man


Pejuang ini baru sahaja menlangsungkan pertunangannya beberapa hari yang lalu. Tahniah atas pertunangan anda. Didoakan semoga panjang umur, murah rezeki dan takkan tertinggal lagi. Rahsianya? Sebab pada hari dia bertunang, malamnya kami berkaraoke dengn gumbiranya. Tiba saat hendak pulang, lupa lak yang dia ni tertinggal (ter- bermakna tidak sengaja ). Apa-apa pun selamat berbahagia yan fred ^^


Pejuang Keempat : Iman @Rumate


Untuk pengetahuan para pembaca yang budiman, jejaka tampan ini merupakan rumate saya pada akhir sem ini. Orang nya Lucu banget, Sweet dan baik hati. Orangnya penyabar dengan sikap ak yang macam kena taufan jak, sekejap malaikat sekejap moody. Tanpa kehadiran rumate aku ni, ak xtaw la apa jadi ngan hidup ak, runtuh jak langit x . Makaseh Iman, Makaseh Rumate, Makaseh Rakan.


Pejuang Kelima : Boy @ Green Man



Usah ditanya mengapa diriku ini menggelarkannya sebagai green man. Hanya Yumbon mengenal Boy. ^^. Orang bek ati, ceria dan punya minat yang mendapat dalam bidang fotografi. Namun sayang sekali, hajat untuk bergambar sekeliling IPG x kesampaian, kerna diriku ini sudah 313km jauh dari Kota Kinabalu.

p/s : Boy, rumate aku tue mau ambik gambar keliling IPG, tunaikan la bh permintaan dia. btw, semoga ko sembuh dari demam dan segalanya, kifarah tu


Pejuang Keenam - Polz @ Rakan Sejawat


Inilah rakan sejawat aku masa berkecimpung dengan JPP kat Maktab Gaya ni. Orangya cool jak, namun fotogenik, pantang nampak kamera depan mata, hehehe (ngumpat ckit je, sowi ) Namun disebalik semua itu, dia merupakan kawan dan rakan yang baik, saat ak pening kepala macam mana nak urus sorang2 , dia datang menghulurkan makanan, xpun pisang goreng dari Hashim , Makaseh Polz Armanz ^^

Pejuang Ketujuh -: Greg @ Dinner Mate






Nila sahabat aku (yang berbaju hijau) yang paling banyak ajak aku makan malam. Saat tu la luahan hati ke hati berlaku. Seorang pemuda yang punya pendirian sendiri. Saya aku xdapat nak shake hand dengan dia untuk kali yang terakhir. Huhu, sadey tahap gaban (superman, power ranger dsb) xdapat da nak jumpa ngan dia, huhu.


Pejuang Kelapan : Bull @ Kreko Man






Kalau au nak baca kreko latest punyer, bilik mamat ni la aku cari. Kalo nak print barang , mamat ni jugakla yang kena buli. Kalau nak minta anime, dia jugala sepa lagi. Bullah ni pendiam orangnya, namun macam samsul jugak, awas, merbahaya untuk bot-bot kecil. Bull aku miss nak bertengkar dengan ko. huhu


Pejuang Kesembilan : Arip @ Supernatural Man 




Mamat ni la yang memperkenalkan ngan aku drama supernatural sampai aku ternanti-nati melihat kesudahan season 6. Tapi lupa plak nak ambik (apsal la aku ni bengap tol) . Lagi pun kami masih ada unfinished business.

Ni la mamat yang membantu mengangkat diriku seberat 75 kg bersama beberapa kg barang-barang aku lagi ulang alik dari asrama ke SK Tansau. Jasamu di kenang rip. Ingat, keluarga H****a.....


Pejuang Terakhir : Shah @ Football Manager Man 






Kesungguhan beliau dalam Sukan Bola Sepak dapat dilihat dengan betapa tekunnya beliau dalam bermain Football Manager 2011. Walaupun kami punya perselisihan faham (di situla kita x berngam), kita tetap geng. Makaseh atas segala pengalaman yang menarik terutamanya saat 3 stoogies (Ko, Aku and Greg) Hehehe ^^ Thank you very much.



Pesan Untuk Semua 



Walaupun rambut lain style (ak pulak hampir mau botak), dressing macam-macam , keta besar kecik, namun kita tetap kawan. Terima kasih atas segala pengalamn berharga bersama korang-korang suma. Muakz !

3 comments:

  1. haha yun. nnt aku blk sndkn minta benda tu hahahaha

    ReplyDelete
  2. mantap.. hehe.. sesungguhnya anda rummate yg baik

    ReplyDelete
  3. Ariff - Hohoho, buli bh tu rip, tapi mesti ada cagaran, bak kata pepatah, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. ^^

    Rumare - TQ rumate q, ada lagi ka barang2 beta yang tertinggal lagi?

    ReplyDelete