Monday, November 29, 2010

Untukmu kasih



Kepada sesiapa yang pernah tinggal di Pantai Timur Sabah,perkara ini selalu hadir dalam kita menempuh liku-liku kehidupan. Apakah benda itu. Ya, seperti yang anda semua jangkankan (atau mungkin tidak anda jangkakan) ; terputusnya bekalan elektrik.

Perkara ini terjadi kepada diriku dua hari yang lalu. Saat itu, seperti saat warkah ini ditulis, sekitar 2.00 pagi. Saat seisi keluarga kusedang enak dilamun mimpi-mimpi yang indah, Zahra Zawani dengan ikan-ikannya. Saat jarum jam berdetik yang sama, daku terpaku di hadapan komputerrumahku, menjejaki maklumat-maklumat terbaru yang terpapar dalam laman facebook ku.
Kala itu,tiga jenis bunyi sahaja yang berkumandang di telingaku; bilah-bilah kiipas mengejar satu sama lain, bunyi jari-jamariku menari di atas papan kekunci dan percikan bunyi saat jari telunjukku meratapi tetikus.

Mungkin ketika itu, daku terlalu lena untuk memikirkan apakah benda yang akan kutulis untuk tatapan kamu semua. Ketika jariku menyusun langkah memulakan tariannya di papan kekunci ini, pandanganku menjadi gelap. Tiada lagi bunyi-bunyi yang kedengaran di gegendang telingaku. Saat itu kumengerti, kegelapan menemaniku.

Fikiranku buntu. Idea yang bernas meninggalkanku. Sungguh kejam SESB. Hasil karyaku yang agung telah menceraikan aku dengan talak tiga. 

Mungkin harusku tujukan warkah ini untuk mereka, para pejuang SESB. Tolong jangan matikan bekalan elekrik di saat idea jatuh ke riba . Aku tak ingin melihat ideaku menjadi bulan, sehingga kini menaiki keretapi tanpa bertemu penghujung jalan.

6 comments:

  1. Begini lah nasib-nasib kita ni rip, mau jak aku tinggal sebelah dengan SESB. Kalo mati karan juga, senang nak mengadu kn ^^

    ReplyDelete
  2. hahahaha..sabar yum..dont give up =)

    ReplyDelete
  3. Mencoba untuk bertahan ni skrg ^^ Hahaha

    ReplyDelete
  4. yum,kan SESB da talian utk aduan 24jam. npa nda ko dapatkan no. 2 n gunakan bila perlu. tapi pcayalah,dorg dh bt yg terbaik..hi3..

    ReplyDelete
  5. Mungkin juga , tapi kalo mati karan bukan line nombor pu xbleh guna ka?

    ReplyDelete