Tuesday, November 30, 2010

Are you Hurt?



Setiap yang hidup pasti terasa akan kesakitan. Menurut sumber dari Samsul Akbar Sahibe (2010), terdapat 3 kesakitan yang paling azab di dunia ini.

Kesakitan yang Pertama



Kesakitan yang paling azam tidak lain-tidak bukan adalah kematian. Saat Izrail mengembangkan sayapnya, menarik roh-roh manusia dari ubun-ubun, saat itulah manusia akan merasai batapa kamatian itu sakit. Aku tidak pernah merasainya. Jikalau tidak, aku tidak akan menulis warkah ini untuk tatapan kamu semua.

Pernah sekali aku pernah di ambang maut. Cerita ini hanya sahabat-sahabat rapatku yang mengetahuinya. Ketika itu dunia baru sahaja menyambut tibanya alaf kedua selepas masihi. Suasana petangku dihiasi dengan suara orang melolong. Ada yang bersorak untuk kemenangan. Ada yang memekik untuk sahabatnya yang memenangi piala. Tidak kurang juga orang yang cemburukan kemanangan orang lain.

Ketika itu aku masih daif lagi. Manakan tidaknya, umur masih setahun jagung. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke alam baru setelah menghabiskan masa 6 tahun di sekolah rendah. Dalam haru-biru orang, bahuku ditepuk keras. Orangnya besar dan menakutkan. Kami dipanggil untuk menghadiri kawad kaki.

Aku memberontak enggan pergi, itupun dalam hati. Aku tidak mahu berpanas di dinihari, berdiri ibarat kayu sedangkan orang lain sibuk bercerita antara satu sama lain. Aku mengambil langkah seribu, meninggalkan halaman sekolahku.Langkahku tersusun rapi, umpama tikus melarikan diri dari kucing mengejarnya. Setiap langkah yang diambil menjarakkan diriku dari kepekikkan suara.

Aku memandang jauh ke hadapan. Kulihat sebuah bas umpama menunggu aku duduk di kerusinya yang empuk.Sambil tersenyum diriku berkata, “ Aku bebas!”. Tidak kusangka rancanganku Berjaya. Dalam kegembiraan daku diulit mimpi.  

Ketika kusedar, aku sudah jauh dari destinasi yang kutuju. Aduh, bagaimana ini mungkin terjadi! Dalam ku masih lagi tidak sedar sepenuhnya, tanganku pantas menekan punat berwarna merah. Pemandu bas segara melabuhkan jenteranya ke sisi. Kuperkemaskan diriku, lalu turun dari gergasi besi itu.

Ketika itu, semua kenderaan pegun, tiada satu pun bergerak. Kulihat diseberang , ada bas yang menungguku. Nasib aku memang bertuah, segalanya ada didepan mata. Langkah kuatur meninggalkan tempatku berpijak. Saat itu, langit kurebah,pendanganku gelap. Entah berapa lama agakknya. Apa yang kusedar tanganku menyentuh permukaan kasar. Tiada bunyi yang sudi hingga di gegendang telingaku.

Seorang lelaki melewati usiaku memapah aku di benteng jalan. Aku terasa sesuatu yang aneh di mulutku lantas kumuntahkan semuanya ke tanah. Cecair merah keluar bersama ketulan putih. Mungkin andai kamu sedar, senyumanku tidak semanis kamu, kerna ketika itu, 3 batang gigiku berpisah dariku. Khabar mengatakan sebuah motosikal melanggah tubuhku lalu rebah menyembah bumi. Hanya pada saat ini aku terlalu dekat dengan kematian. Anehnya, aku masih bernyawa. Syukur padaMu.

Kesakitan yang kedua


Kesakitan ini unik sekali kerna kaum Adam tidak mungkin berkesempatan kerasainya. Kesakitan ini hanya bias dirasa oleh jiwa-jiwa yang membawa rahim. Saat anugerah tuhan yang paling bermakna untuk pasangan suami isteri keluar, sang hawa bertarung dengan nyawanya.

Kita tidak akan bisa tahu berapa peritnya malahirkan anak. Apa yang kita tahu nikmat sebelumnya. Isteri bergelut menjawa nyawanya dan nyawa si kecil yang tercinta. Kadang-kala sekejap sahaja, kadang-kala mengambil masa seharian untuk mendengar tangisan si kecil, itupun kalau dia menangis.

Aku tidak tahu bagaimana rasanya, dan aku tidak ingin merasainya. Mungkin kita harus tanya pada insan-insan yang pernah mengalami saat ini; Ibu-ibu bahkan sahabat-sahabat kita.

Pengajaran harus diambil sang Adam. Jangan perlekehkan Hawa, kerna mereka lebih mengenal dunia dari kita.

Kesakitan yang ketiga

Aku pernah mengalami kesakitan ini, bahkan sedang mengalaminya sekarang. Saat jari-jemariku rancak bermain di papan kekunci, kesakitan muncul dari mulutku. Gusiku berdenyut, meronta-ronta kesakitan.
.
Mungkin orang tidak menyangka, kesakitan yang ketiga adalah derita sakit giri. Tidak menghairankan kerana gigi terletak hamper dengan saraf dan berada dekat dengan otak kita. Sakitnya melangkaui masa. Saat terkenang betapa sakitnya sakit gigi tidur tak lena , mandi tak basah dibuatnya. Kuingatkan saat begini hanya kualami ketika merindukan pujangga yang berda jauh di sana. Jangkaanku meleset rupanya.

Pesanku untukmu sekalian, jagalah gigi kamu. Inagtlah pesan ini andai kamu tidak mahu merasai betapa peritnya kesakitan yang ketiga dasyat di dunia ini. Aku pernah merasa, Affendi pernah merasa dan sebahagian sahabatku juga pernah merasa. Ingatlah, jangan biarkan dirimu selubungi sakit gigi


1 comment:

  1. memang pun sgt sakit..sakit gigi..mata telinga pun skt lau skt gigi..huhu

    ReplyDelete